Sunday, August 30, 2009

Selamat Datang Ke Blog Diet Info For You

Salam 1 Malaysia untuk semua,

Selamat datang ke blog Diet Info For You. Dalam blog ni, aku akan berkongsi detik-detik susah-senang dalam usaha untuk menurunkan berat badanku. Nak kata aku terlalu obses tak juga. Tp, kalau dibiarkan lama2, boleh jadi makin tembam aku dibuatnya.

Ada beberapa produk pelangsingan badan aku dah cuba. Tp, tak menjadi. So, ini adalah produk yang kesekian kalinya. Jus Mate 5/Jus Diet Mate 5 - formula Dr. Rozmey. Aku rasa korang pun mesti pernah dengar punya, kan? Alaaa.. selalu masuk TV3 - Wanita Hari Ini.

Jom join citer aku....

  • 5.30pm, Bdr Darul Aman, Jitra - 1st time visit ke Herba Prima Sdn Bhd. Dapat penerangan serba sedikit tentang Jus Diet Mate. Berat semasa aku 61.1kg. Azam aku untuk turunkan balik berat badan sebelum ni, 54kg. Tp, kalau boleh turun banyak lg pun ok, hehehehehe.... Bukan apa, boleh la pakai balik baju zaman muda2 dolu....

  • 6.15pm - Singgah masjid utk solat jama' sekaligus buat UPT (Urine Pregnancy Test). Bukan apa, takut bila dah beli jus diet tu kang rugi jeee... So, confirmed! Boleh cuba jus diet tu...

  • Jus Diet Mate? Daripada pembacaan aku dalam brosur yang diedarkan, JDM ni adalah program diet yang agak mudah dilaksanakan. Prinsip utama makan setengah daripada biasa, dan shake jus dengan air sejuk dan minum... Tu jee... So, esok aku akan beli dan terus daftar sbg pengedar. Aku akan kongsi dgn semua susur galur susah senang aku bersama JDM dengan pembaca.

1 comment: