Monday, December 7, 2009
Sekotak Jus Diet Mate telah terjual!
Makluman. Kotak terakhir JDM5 aku yang telah aku war-warkan sebelum ini telah pun terjual. Kepada sesiapa yang masih berminat boleh la contact aku di no. 019-4750786
Friday, November 6, 2009
Berat masih maintain....
Rasanya dah seminggu aku tinggalkan JDM5. Namun, berat badan masih maintain. Sebabnya aku masih berpegang kepada nasihat Dr. Rozmey, elakkan pengambilkan makanan yg berlebihan. Sehari jgn lebih 1000 kalori. Makan tetap makan beb...
Agaknya sbb dah terbiasa makan separuh daripada pengambilan biasa, maka aku dah tak berasa lapar tak tentu hala dah sekarang ni.. Kadang-kadang, perut tak lapar pun... tp, saja ja nak makan jugak. Nafsu la tu... hehhehe
Okla, aku masih buka tawaran utk membeli JDM5 aku yang kotak last ni dgn harga semua. Berminat, contact aku di 019-4750786.
Agaknya sbb dah terbiasa makan separuh daripada pengambilan biasa, maka aku dah tak berasa lapar tak tentu hala dah sekarang ni.. Kadang-kadang, perut tak lapar pun... tp, saja ja nak makan jugak. Nafsu la tu... hehhehe
Okla, aku masih buka tawaran utk membeli JDM5 aku yang kotak last ni dgn harga semua. Berminat, contact aku di 019-4750786.
Saturday, October 31, 2009
JDM5 - memang berkesan!
Salam 1 Malaysia untuk semua,
Maaf sebab dah lama tak kemaskini blog. Jadual agak padat kebelakangan ni... Well, what should I say to you all? JDM5 memang berkesan! Selepas 2 kotak pengambilan dengan disiplin yang tak la berapa bagus... aku dah turun 5 kilogram!
Banyak komen positif yg diterima daripada sahabat handai dan sedara-mara"
"Ko nampak kurus la skang, apa rahsia?"
"Sab, you look slim now... Macam mana tu?"
"Haaa... nampak elok sket bila kecik macam ni..."
"You look young and beautiful..."
Hehehehe... terima kasih sangat2 kepada semua komen-komen yang positif tu. Terharu sangat dengan perubahan sendiri... :) Gambar terkini? Hmmm nanti la bila ada masa aku upload. Kamera digital baru je ilang dicuri orang :(
Satu hari, aku test seluar jeans yang dah lama x pakai... bukan apa, sebelum ni.. kalau pakai pun, zip asyik terbukak aje... lepas tu takleh nafas properly... tp, baru2 ni, bila pakai x sangka pulak jeans tu dah jadi besar lak buat aku... sampai kena pakai tali pinggang la... Lepas tu, aku test plak blazer yang masih elok tp dah tak muat masa suatu masa dulu... plannya nak bagi kat member je yang badan diorang masih kecil molek... alih-alih bila test... muat pulak.... heeee x jadik nak bagi... lum bagitau kat org yang nak bagi tu... so, tak le dikira buruk siku kan? hehehehe...
Apapun, ramai yang bertanya... kalau amik JDM5 ni tak leh makan nasi.... satu pandangan yang salah tu... aku masih tetap makan nasi macam biasa. Cuma kuantitinya separuh daripada biasa... Dengan JDM5 ni, bila makan sket pun dah rasa kenyang...
Menyebut tentang disiplin dalam pengambilanya... Aku boleh dikira antara pengguna yang kurang disiplin la... hehehe.. bukan apa, time bln open house raya ari tu... mana leh tahan beb... kena jamah gak kuih muih ketupat rendang yang tersedia... lepas tu, kena pulak outstation... lagi laa... dok hotel, makanannya hmmmmm... sendiri tau laa... jadi pengambilan JDM5 aku boleh dikira culang celup (aku rasa ni bahasa org utara ni... ) kejap amik, kejap tinggal... hehehe..
jadi, bg yang ingin serius dalam menurunkan berat badan, aku nasihatkan... berdisiplin.. insyaallah... turun la berat badan korang tu...
Oklah, apa pun lepas dah habis kotak kedua ni, aku decide nak stop dulu.. Ada yang kata, kurus macam ni dah cukup. Jgn lebih2. Nanti tak elok... Aku pun ada gak terpikir macam tu... tp, tujuan utama nak stop ni sbb aku nak menambah isi rumah... heehehehe... abih, kalau asyik nak kurus, bila masa lak kan nak leh dapat baby? bukan apa, 25/10/09 ari tu, baru aku perasan dah 6 thn aku berkahwin.. Anak lak baru 2 orang. Kata orang dah cukup la tu sepasang... Isk bagi aku macam tak cukup. Beli rumah mak aii punya la besar, tinggal 4 org je... So, atas kerelaan aku sendiri... maka dengan ini aku bertekad utk stop dulu JDM5 dan fokus utk mendapatkan another baby or twin mungkin hahahaha? Bukan apa, cepat la sket keluarga aku membesar... lepas tu, boleh cepat2 tutup kedai hihihahaha... Setakat ni dah 3 orang yang pergi ke Makkah aku pesan supaya doakan aku dapat baby twin... mudah2an kalau rezeki insyaallah... dulu mak aku pun twin...
By the way, aku ada sekotak lagi JDM5 ni... sapa nak, emel atau sms aku... aku jual dengan diskaun... kalau nak beli tanpa keahlian.. RM200 tau....
Sekian dulu...
Sunday, September 6, 2009
Hari Ke-3 hingga Ke-5 JDM5
Bertemu kembali. Setelah hari ke-5 mengambil JDM5, berat badan ditimbang lagi. And guess what? Turun 2 kilogram! Biar betul ni? Selalunya, kalau puasa memang aku akan turun 1 kg, tapi lepas berbuka, naik balik 1 kg. Hehehehe....
Satu perkembangan yang baik... Tp, masa balik kampung tok aku lak yang risau tengok aku makan nasi tak macam biasa. Biasanya aku makan nasi 2 pinggan... Ni, setengah pinggan pun tak sampai. Bukan paksa diri tak nak makan. Tp, memang selera sampai situ aje. Kenyang ngan JDM5 agaknya, ahaks!
Blog ni baru je aku promosikan dekat kawan-kawan sepejabat. Malu jugak dibuatnya bila diorang mengusik. Heeeee, aku sengih je macam kerang busuk... Tp, tak kurang jugak yang berminat nak tahu lebih lanjut cara-cara aku ambil JDM5. Dengan seronoknya aku cakap, dah turun 2 kilo dalam masa 5 hari.
Mula-mula aku sendiri agak skeptical tentang penurunan berat badan aku sendirik. Mungkin sebab puasa agaknya... Takpe, takpe... Kita tunggu lagi sampai hari yang ke-10.
Cuma aku nak kongsi sket pengalaman aku tak bangun sahur jam 3.00 pagi. Sedar2 ja dah 5.15 pagi. So, mmg terpaksa amik JDM5 semata2. Aku rasa mmg aku akan collapse dah ari tu... Tp, alhamdulillah, berpuasa spt hari-hari biasa aje rasanya. Dan aku akui, faktor puasa jugak turut membantu aku jadi tak lapar :)
So, camne korang? Kalau berminat nak try JDM5 ni, call aku kat 019-4750786. Bukan apa, sekadar bantu-membantu.... heeeee. Cewahhh, macam sesi eduadvertisement lak rasanya :D
So, camne korang? Kalau berminat nak try JDM5 ni, call aku kat 019-4750786. Bukan apa, sekadar bantu-membantu.... heeeee. Cewahhh, macam sesi eduadvertisement lak rasanya :D
Wednesday, September 2, 2009
Hari ke-2 JDM5
- Ok, hari ni aku bangun jam 3.00 pagi. Sahur awal sket seperti yang disarankan. Lepas sahur tido balik.... heeee... cam lagik senang je nak gemuk, kan? pastu bangun pulak jam 5.00pg sedia sahur utk org rumah. Tepat jam 5.30 pg aku minum JDM5.
- Hari ke-2 jadi lebih mudah utk aku minum sebanyak 400ml JDM5. Bukan apa, dah set mind tu awal2... So, memang takde masalah
- Husband aku keep asking, "tak lapar ke posa cuma minum jus tu?" Selamba je aku cakap, "taklah.. macam puasa hari-hari biasa..." tp, serius... memang ada kelainan sket... tenaga maintain. Nak kata penat tak jugak. Lebih bersemangat lagi jadinya... keje aku yang byk memerlukan perahan idea dan minda kadang2 memang meletihkan... pastu balik keje masak pulak... Alhamdulillah, semua berjalan lancar...
- Masa bukak posa aku mula dgn kurma dan kuih 2 biji. Pastu minum orange jus - khas husband aku belikan untuk aku tanda sokongan atas usaha2 murni aku, hehehehehe... Rasa macam dah kenyang sangat bila makan macam tu... tp, bila melihatkan nasi dan lauk-pauk yang agak byk, rasa sayang plak.. so, aku ambil jugak sket nasi. Ada la dalam 1/3 daripada yg biasa aku makan... alhamdulillah...
- Perubahan berat? Gila... baru 2 hari takkan dah nampak kesan...? Tp, biasala... aku memang akan cek nyer berat aku tiap2 hari... Rasa cam tak percaya pun ada... Aku rasa penimbang berat aku tu salah kot... Dr 60kg, turun 59.... biar betul.. mula dah syok sendiri.. Pinggang aku ukur jugak 37.5 inci sblm minum jus.. Lepas 2 hari jadik 37. Isk sungguh ke ni... Takpa la... mungkin aku salah ukur tu... takpa kita tunggu 2-3 hari lagi..
Monday, August 31, 2009
Hari Pertama JDM5
- Bangun jam 5.10 pagi, terus aku sediakan sahur utk my husband. Panaskan lauk pauk yang dah dimasak semalam. Alamak... terlebih pulak masak nasik. Confirm tak habis nasik tu... lupa pulak yang aku dah nak start diet... Siap sumer, aku kejutkan husband utk bersahur.
- Sambil dia bersahur, aku memulakan misi hari pertama JDM5. Mula-mula masukkan sepeket JDM5 dalam air sejuk 400ml. Kemudian shake. Shaker tak disediakan oleh Herba Prima. Sendirik kena beli. Aku memang dah ada shaker cap MILO. Hadiah percuma beli Milo la tu... jarang guna... So, kali ni akan digunakan habis-habisan.
- Maka bersahurlah aku dgn JDM5. Itu syaratnya. Mula-mula ragu2 jugak. Aku ni, air segelas pun kadang2 suruh husband yang habiskan separuh lagi... Ni pulak nak minum 400ml JDM5. So, utk aku agak ambil masa utk habiskan jus sebanyak itu. Sampai husband aku dah abih makan nasik, baru la aku siap minum jus tu...
- Hmm.. rasanya manis. Perisa oren. Ada sket rasa soya. Bagi aku ok.. Hmmm... musykil jugak.. Blh tahan ke sampai bukak posa ni... Heeeee... takpala... nak kurus punya pasal..
- 9.45 pagi - Masih ok.. Berpuasa seperti biasa..
Aku dah beli Just Diet Mate 5 (JDM5)
- 31 Ogos 09 - Kunjungan kali ke-2 aku ke Herba Prima di Bandar Darul Aman, Jitra. Parking punya la susah nak dapat. Nampak satu kosong lot parking tp, sewa khas la pulak. Gaya je my husband nak patah balik, kami dilambai oleh staf Herba Prima. Dia tanya nak masuk pejabat depa ke? Kalau nak masuk, sewa khas tu memang la utk kami. Uishkk.. Siap ada sewa khas lagik utk para pelanggannya. Customer care la kira ni...
- Depan kaunter - aku mintak staf Herba Prima bagi penerangan serba sikit sekali lagi. Bukan apa, untuk kepastian la ni.. Sebenarnya, memang dah nak beli pun. Just for formaliti aje... hehehe.. Dari kaunter aku dapat lihat Dr. Rozmey tgh syok baca paper dlm opis dia. Hmmm... syoknye jadi bos sendirik, kan? Pastu aku nampak sorang pompuan.. Cantik giler.. aku ingat artis mana... bila dirisik2 kat staf, depa kata tu la bini Doktor. Amboiii cantiknya... kecik molek.. Agaknya selalu makan produk doktor kot... kata aku berseloroh kat para staf di kaunter.
- Buat pembayaran - Lepas dah isi semua maklumat dalam borang pembelian, aku diminta ke bilik khas. Ingat bilik apa, rupanya bilik khas untuk buat pembayaran... Buat suspen ja.. Dah bayar, terus ke kaunter ambil set JDM5. Husband aku berseloroh, "ni kalau tak kurus jugak tak tau laaaa..." Cis, psiko betul!
- Buka puasa - Malam ni, kami bukak puasa kat McD Seberang Jaya. Bukan apa, lepas ni dah kena control makan. So, takut teringin... aku makan puas2 sblm memulakan misi menurunkan berat badan. Bila dah ambil JDM5, aku dinasihatkan ambil pemakanan tak lebih 1000KCal (kalori). Yang lucunya, bila dah abih aku makan McChicken, baru aku perasan kat kotak dia tulis 2300KCal. Hahahaha... takpa, takpa... malam ni last... Sok dah nak start JDM5.
- Bersahur - Dalam bulan puasa, cara pemakanan JDM5 ni lain sket. Kena sahur awal. Dinasihatkan sahur 3.00 pg. Pastu bila bangun 5.30pg, ambil JDM5 aje... Tp, aku takut tak bangun kul 3.00pg tu... Maka aku pun bersahur kul 11.30malam... hihihihi.. makan lagi..
Subscribe to:
Comments (Atom)