- Bangun jam 5.10 pagi, terus aku sediakan sahur utk my husband. Panaskan lauk pauk yang dah dimasak semalam. Alamak... terlebih pulak masak nasik. Confirm tak habis nasik tu... lupa pulak yang aku dah nak start diet... Siap sumer, aku kejutkan husband utk bersahur.
- Sambil dia bersahur, aku memulakan misi hari pertama JDM5. Mula-mula masukkan sepeket JDM5 dalam air sejuk 400ml. Kemudian shake. Shaker tak disediakan oleh Herba Prima. Sendirik kena beli. Aku memang dah ada shaker cap MILO. Hadiah percuma beli Milo la tu... jarang guna... So, kali ni akan digunakan habis-habisan.
- Maka bersahurlah aku dgn JDM5. Itu syaratnya. Mula-mula ragu2 jugak. Aku ni, air segelas pun kadang2 suruh husband yang habiskan separuh lagi... Ni pulak nak minum 400ml JDM5. So, utk aku agak ambil masa utk habiskan jus sebanyak itu. Sampai husband aku dah abih makan nasik, baru la aku siap minum jus tu...
- Hmm.. rasanya manis. Perisa oren. Ada sket rasa soya. Bagi aku ok.. Hmmm... musykil jugak.. Blh tahan ke sampai bukak posa ni... Heeeee... takpala... nak kurus punya pasal..
- 9.45 pagi - Masih ok.. Berpuasa seperti biasa..
Monday, August 31, 2009
Hari Pertama JDM5
Aku dah beli Just Diet Mate 5 (JDM5)
- 31 Ogos 09 - Kunjungan kali ke-2 aku ke Herba Prima di Bandar Darul Aman, Jitra. Parking punya la susah nak dapat. Nampak satu kosong lot parking tp, sewa khas la pulak. Gaya je my husband nak patah balik, kami dilambai oleh staf Herba Prima. Dia tanya nak masuk pejabat depa ke? Kalau nak masuk, sewa khas tu memang la utk kami. Uishkk.. Siap ada sewa khas lagik utk para pelanggannya. Customer care la kira ni...
- Depan kaunter - aku mintak staf Herba Prima bagi penerangan serba sikit sekali lagi. Bukan apa, untuk kepastian la ni.. Sebenarnya, memang dah nak beli pun. Just for formaliti aje... hehehe.. Dari kaunter aku dapat lihat Dr. Rozmey tgh syok baca paper dlm opis dia. Hmmm... syoknye jadi bos sendirik, kan? Pastu aku nampak sorang pompuan.. Cantik giler.. aku ingat artis mana... bila dirisik2 kat staf, depa kata tu la bini Doktor. Amboiii cantiknya... kecik molek.. Agaknya selalu makan produk doktor kot... kata aku berseloroh kat para staf di kaunter.
- Buat pembayaran - Lepas dah isi semua maklumat dalam borang pembelian, aku diminta ke bilik khas. Ingat bilik apa, rupanya bilik khas untuk buat pembayaran... Buat suspen ja.. Dah bayar, terus ke kaunter ambil set JDM5. Husband aku berseloroh, "ni kalau tak kurus jugak tak tau laaaa..." Cis, psiko betul!
- Buka puasa - Malam ni, kami bukak puasa kat McD Seberang Jaya. Bukan apa, lepas ni dah kena control makan. So, takut teringin... aku makan puas2 sblm memulakan misi menurunkan berat badan. Bila dah ambil JDM5, aku dinasihatkan ambil pemakanan tak lebih 1000KCal (kalori). Yang lucunya, bila dah abih aku makan McChicken, baru aku perasan kat kotak dia tulis 2300KCal. Hahahaha... takpa, takpa... malam ni last... Sok dah nak start JDM5.
- Bersahur - Dalam bulan puasa, cara pemakanan JDM5 ni lain sket. Kena sahur awal. Dinasihatkan sahur 3.00 pg. Pastu bila bangun 5.30pg, ambil JDM5 aje... Tp, aku takut tak bangun kul 3.00pg tu... Maka aku pun bersahur kul 11.30malam... hihihihi.. makan lagi..
Sunday, August 30, 2009
Selamat Datang Ke Blog Diet Info For You
Salam 1 Malaysia untuk semua,
Selamat datang ke blog Diet Info For You. Dalam blog ni, aku akan berkongsi detik-detik susah-senang dalam usaha untuk menurunkan berat badanku. Nak kata aku terlalu obses tak juga. Tp, kalau dibiarkan lama2, boleh jadi makin tembam aku dibuatnya.
Ada beberapa produk pelangsingan badan aku dah cuba. Tp, tak menjadi. So, ini adalah produk yang kesekian kalinya. Jus Mate 5/Jus Diet Mate 5 - formula Dr. Rozmey. Aku rasa korang pun mesti pernah dengar punya, kan? Alaaa.. selalu masuk TV3 - Wanita Hari Ini.
Jom join citer aku....
Selamat datang ke blog Diet Info For You. Dalam blog ni, aku akan berkongsi detik-detik susah-senang dalam usaha untuk menurunkan berat badanku. Nak kata aku terlalu obses tak juga. Tp, kalau dibiarkan lama2, boleh jadi makin tembam aku dibuatnya.
Ada beberapa produk pelangsingan badan aku dah cuba. Tp, tak menjadi. So, ini adalah produk yang kesekian kalinya. Jus Mate 5/Jus Diet Mate 5 - formula Dr. Rozmey. Aku rasa korang pun mesti pernah dengar punya, kan? Alaaa.. selalu masuk TV3 - Wanita Hari Ini.Jom join citer aku....
- 5.30pm, Bdr Darul Aman, Jitra - 1st time visit ke Herba Prima Sdn Bhd. Dapat penerangan serba sedikit tentang Jus Diet Mate. Berat semasa aku 61.1kg. Azam aku untuk turunkan balik berat badan sebelum ni, 54kg. Tp, kalau boleh turun banyak lg pun ok, hehehehehe.... Bukan apa, boleh la pakai balik baju zaman muda2 dolu....
- 6.15pm - Singgah masjid utk solat jama' sekaligus buat UPT (Urine Pregnancy Test). Bukan apa, takut bila dah beli jus diet tu kang rugi jeee... So, confirmed! Boleh cuba jus diet tu...
- Jus Diet Mate? Daripada pembacaan aku dalam brosur yang diedarkan, JDM ni adalah program diet yang agak mudah dilaksanakan. Prinsip utama makan setengah daripada biasa, dan shake jus dengan air sejuk dan minum... Tu jee... So, esok aku akan beli dan terus daftar sbg pengedar. Aku akan kongsi dgn semua susur galur susah senang aku bersama JDM dengan pembaca.
Subscribe to:
Comments (Atom)